Wednesday 8 May 2013

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN



Pertumbuhan merupakan perubahan secara kuantiti di mana perubahan fizikal yang dapat diukur daripada satu peringkat dan daripada satu masa ke masa yang lain. Contohnya : saiz dan struktur badan, tinggi, berat dan sebagainya manakala perkembangan pula adalah perubahan yang berlaku dari segi kualiti. Perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti, tetapi ianya boleh dilihat perbezaan antara dahulu dan sekarang. Contohnya, seorang kanak-kanak dari bertatih hingga boleh berjalan setelah melatihnya setiap hari. Seperti di dalam gambar di atas menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh Cikgu Illy di luar PJKKNur Budi cawangan Puchong Perdana. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah pagi bertujuan merangsang perkembangan fizikal kanak-kanak selain memberi pendedahan cahaya matahari vitamin D dan E.

No comments:

Post a Comment