Thursday 27 June 2013

KELAYAKAN PENGURUS TASKA

KELAYAKAN PENGURUS

1. Pengusaha taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, komuniti atau di institusi hendaklah mengambil pekerja atau melantik pengurus bagi taman asuhan kanak-kanak itu.
2. Pengurus hendaklah seorang yang:

  • merupakan warganegara Malaysia
  • berumur 18 tahun ke atas
  • telah lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA

KEWAJIPAN PENGURUS
Seorang pengurus hendaklah mempunyai kewajipan yang berikut:
  1. untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran sesuatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, komuniti atau di institusi.
  2. untuk menjalani pemeriksaan perubatan dalam masa satu bulan selepas diambil bekerja atau dilantik sebagai pengurus taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, komuniti atau di institusi.
  3. untuk mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 8 Akta.

No comments:

Post a Comment