Thursday 11 July 2013

Kanak-kanak Yang Sakit Berjangkit Tidak Dibenarkan Ke TASKA




Pihak TASKA bila-bila masa tidak boleh menerima kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit.  Contoh penyakit berjangkit ialah penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD), campak, demam, batuk & selsema yang melebihi 3 hari dan lain2 penyakit berjangkit. Kanak-kanak ini boleh diterima masuk sehingga disahkan mendapat rawatan dan sijil pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan.


Ibu bapa dinasihatkan menjaga anaknya apabila didapati sakit atau dihidapi penyakit berjangkit. Sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan atau pengawal perubatan. Sekiranya anak itu tidak sihat, penyakit berjangkit akan menjangkiti kanak-kanak lain. Ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

Jika saya ditanya, boleh atau tidak dihantar anak mereka ke taska. Jawapan saya; jika pegawai perubatan yang bertauliah/doktor membenarkan, saya tiada masalah. Mungkin perlu diasingkan sementara dari kanak-kanak yang lain.

Akan  tetapi pihak ibu bapa perlu mematuhi prosedur memberi ubat dan ibu bapa perlu menanda tangani surat perakuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pihak taska/pusat jagaan  tidak dipersalahkan. Ibu bapa lain mungkin ada yang tidak bersetuju apabila melihat anak orang lain sakit berada di premis yang sama. Jika berlaku jangkitan penyakit mungkin pihak taska akan dipersalahkan. 

No comments:

Post a Comment