Wednesday 4 September 2013

PILIHAN NAMA ANAK YANG MUDAH DIINGATI

Sememangnya ibu bapa zaman sekarang mempunyai masalah dalam mencari nama yang terbaik dan sesuai untuk anak yang bakal dilahirkan. Ada yang memberi nama anak mengikut perkembangan terkini dan ada juga yang masih mengekalkan nama yang mudah disebut seperti nama orang2 dahulu. Contohnya Aminah, Adam, Bakar dan Hawa. Dan ada juga yang menggabungkan nama2 lama dan yang terkini.Contohnya Hawa Deana, Adam Danial, Aisyah Batrisya dan mcm2 lagi.
Di sini ada sedikit panduan untuk memilih nama yang sesuai dgn anak anda:
1. Pilih nama yang ringkas dan mudah diingati. Contohnya Mohd Ali, Abu Bakar dan Siti Hawa. Ini kerana nama2 ini mempunyai maksud yang baik2 dan sempena nama nabi serta pejuang2 Islam yang agong.
2. Nama yang ringkas dan mudah juga senang diisi didalam apa jenis borang. Contohnya borang kemasukan sekolah dan borang pendaftaran nama.
3. Jika difikirkan semula, orang sekeliling contohnya ibu dan ayah hanya akan memanggil nama yg senang sebut. Contohnya Mat, Amin, Nor..

Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu bakal ayah dan ibu memberi nama yang sesuai untuk anak anda.

No comments:

Post a Comment