Monday 17 February 2014

19 Ciri Kanak-Kanak Pintar

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar


Ciri Kanak-Kanak Pintar








1. Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak
yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

2. Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau
sesuatu acara

3. Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka
 masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau
 dalam hal tersebut

4. Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan
cepat dan banyak

5. Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk
pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

6. Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

7. Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta
membaca dengan pantas

8. Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan
 suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

9. Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi
tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti
tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

10. Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah
yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

11. Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda
yang berlaku

12. Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk
dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan
segala kebimbangannya

13. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan
populasi dunia,isu-isu alam sekitar

14. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh
mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam
atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging
kerana sangat simpati terhadap haiwan

15. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk
diri sendiri malah untu orang lain

16. Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi
mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan
 kehidupan seharian

17. Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang
mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

18. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu
tidak dapat dilakukan dengan sempurna

19. Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak
sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin
seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun
seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment