Wednesday 19 February 2014

Berita Harian 05.02.14 PELEKAT, BORANG KHAS JAMIS KESELAMATAN

Pelekat, borang khas jamin keselamatan

Cetak
Kuala Lumpur: Penggunaan pelekat khas kenderaan dan mensyaratkan ibu bapa mengisi borang khas sebelum mengambil anak adalah antara langkah diambil Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Pahang dan Pulau Pinang. 

Malah, ada pengusaha bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan kawalan dan pemantauan di TASKA mereka. 
DiKuantan, beberapa TASKA di negeri ini mengenakan beberapa peraturan khas untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dalam jagaan mereka terjamin. 


Antaranya, pengusaha TASKA di Batu Enam, Jalan Gambang, mewajibkan setiap ibu bapa mempamerkan pelekat khas kenderaan sebelum membenarkan mengambil anak masing-masing. 

Penjawat awam, Norhasminah Zakaria, 32, yang menghantar anaknya yang berusia empat tahun ke TASKA itu lega dengan pendekatan digunakan dan memberi keyakinan terhadap keselamatan anaknya. 

Di Kepala Batas, pemilik TASKA Teguh Kasih, Siti Fatimah Abdul Razak, 26, berkata sejak beroperasi Ogos tahun lalu, beliau menekankan aspek komunikasi antara pengasuh dengan ibu bapa bagi memastikan mereka saling mengenali. 

“Bagi mengelak kes pengasuh memberikan kanak-kanak dan bayi kepada orang yang salah, saya menyediakan borang dengan melengkapkan butiran peribadi sebagai rekod,” katanya. 
Mereka mengulas siasatan BH yang mendedahkan kebanyakan TASKA di Lembah Klang tidak mematuhi Garis Panduan Penubuhan TADIKA dan TASKA. 

Siti Fatimah juga merancang meningkatkan aspek keselamatan dengan memasang CCTV di sekitar TASKA. 

Di Seremban, Presiden Persatuan TASKA Negeri Sembilan, Rozita Kamil, berkata semua pengusaha yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mementingkan aspek keselamatan terutama membabitkan pergerakan keluar masuk kanak-kanak. 

“Hanya ahli keluarga didaftar dibenarkan membawa keluar kanak-kanak dari TASKA. Kita mempunyai garis panduan jelas mengenai isu keselamatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment