Monday 23 October 2017

DONT GIVE UP! Abrar





Alhamdulillah..tema minggu ini berkisarkan tentang haiwan di lautan.
Ikan, sotong, kerang, udang adalah antara haiwan yg Allah jadikan sebagai sumber rezeki.

Wow! Sedapnya dpt makan seafood. Sepertinya makan stimbot. Terliur air liur time puasa ni.

Tetapi apa yg teacher nak kongsikan adalah bagaimana kita bukan hanya melihat haiwan2 ini untuk dimakan sahaja. Malah lebih dari itu. Dengan syarat: berfikir dgn EMOSI.

Dari haiwan laut ini makan wujudnya PEKERJAAN seperti nelayan. Punca pendapatan bagi seorang nelayan adalah haiwan dilautan ini. Baiknya Allah menjadikan laut dan sungai. Maka dgn adanya habitat ini, maka hiduplah daging2 yg segar ini buat santapan hambanya. Thank u Allah.

Dari haiwan dilaut ini juga makanya akan terbitnya idea2 untuk mencipta sampan, perahu dan jala. Nampakkan..lagi satu bidang perniagaan yg boleh diceburi oleh manusia. Membuat perahu..membuat sampan..dan bot. Selepas satu dan satu nikmat Allah beri.

Dan semestinya dari kisah ikan akan tersemat dihati tentang kisah Nabi Yunus. Allah memberi ujian kpd Nabi Yunus yg ditelan oleh ikan. Berada di dlm keadaan yg gelap.

Bagaimana perasaan kita berada dlm keadaan gelap? Mesti takut, cemas dan keluh kesah. Begitulah juga dgn Nabi Yunus.

Tetapi apakah penyebab yg menyebabkan Nabi Yunus di ditelan oleh ikan ini?
Kerana Nabi Yunus sangat marah dgn kaumnya lalu meninggalkan mereka. Keyword disini ialah MENINGGALKAN KEWAJIPAN. Ataupun tanggungjawab.

Tanggungjawab nabi adalah untuk memberi peringatan kpd kaum mereka agar SEMBAH ALLAH.

Dan apa pula TANGGUNGJAWAB kita?
Sebagai ibu?
Sebagai anak?
Sebagai suami?
Sebagai isteri?
Sebagai atok?
Sebagai bos?
Sebagai staff?
Sebagai hamba?

Banyaknya tanggungjawab kita. Makanya TIADA MASA perlu dibazirkan bilamana memikirkan tanggungjawab ini.

Dan ingatlah..dlm proses menjalankan amanah ini, DONT GIVE UP!
Jangan mudah mengalah.
Berjuang habis-habisan.
Harapnya sampai ke SYURGA.

Ya Allah Ya Qouwil..
Jadikan kami org yg KUAT semangat dan prinsip dlm misi membawa kebaikan.
Ya Allah Ya Sobur..
Jadikan kami org yg SABAR dalam menjalankan tugas dan amanah ini.

Semoga kita semua tergolong dlm kelompok yg Kau cintai. Amin..

Al-Anbiya 21:87

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

#Amazingkinder

No comments:

Post a Comment