Thursday 7 December 2017

MBR Fire Drill





Alhamdulillah..

Tahun 2017 adalah tahun ke 2, Taska Nur Budi terlibat dengan aktiviti PENGUNGSIAN BANGUNAN & FIRE DRILL. Program ini adalah hasil kerjasama PTNS, MSU dan UiTM Shah Alam.

Pengungsian bangunan adalah aktiviti mengosongkan bangunan ketika berlaku bencana seperti kebakaran.

Melihat kepada aktiviti ini membuatkan kami untuk TADABBUR. Tadabbur adalah proses menghayati sesuatu dengan mendalam. Apa mesej Allah buat kami?
Apa Allah mahu beritahu kami?

Acap kali membaca DOA SELEPAS SOLAT.
Hindari kami dari azab api neraka.

Ketika berlaku bencana api di dlm premis taska, kami berlari keluar untuk menyelamatkan diri dan anak2 dari terkena api dalam masa yg singkat.

Api sifatnya panas.
Panas yg terlampau boleh mengakibatkan kesakitan.

Namun apa perkaitan DOA DAN API?

Hari2 kita mohon kpd Allah agar dijauhkan dan dihindarkan dari azab api neraka.

Sama seperti kita berlari kencang menyelamatkan diri dari bakaran api.

Adakah cukup hanya ibu solat tapi x ajak anak solat bersama?
Adakah cukup si ayah solatnya di dlm rumah tanpa perlu ke masjid?
Adakah cukup hanya baca Quran pada malam Jumaat sahaja?

Dan apakah yg kita lakukan bagi menyelamatkan diri dari api neraka?

Api neraka Allah!

Adakah cukup usaha kita dengan membaca doa tanpa usaha sungguh2?

Jika kita boleh usaha sungguh2 utk melarikan diri dari aktiviti ini, maka kita sepatutnya lebih lagi usahanya menyelamatkan diri dan ahli keluarga dari bakaran Allah.

Sesungguhnya di Al quran, Allah menyebut BAHAN BAKAR API NERAKA adalah dari golongan MANUSIA & JIN.

Takutnya...

Ya Allah jadikan kami hamba yg sentiasa usaha sungguh2 untuk menyelamatkan diri.

Ya Allah jadikan kami dan keluarga kami bukan dari bhn bakar api neraka.

Ya Allah pimpinlah kami ke jalan yg lurus.

Jalan yg Engkau redhai...amin

No comments:

Post a Comment