SALAM 1 MALAYSIA
SELAMAT DATANG DAN SALAM 1 MALAYSIA
Selamat Datang ke Blog Pusat Jagaan Kanak-Kanak Nurbudi. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk membaca dan menjelajah ke blog ini. Harap pembaca blog seronok membaca blog ini. Kami juga mengharapkan komen dan nasihat yang positif untuk meningkatkan produktiviti dan pengurusan kami.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
PJKK & TASKA NUR BUDI menyediakan
perkhidmatan pengasuhan bagi bayi seawal usia 2 bulan – 12 tahun
yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang.
PJKK & TASKA NUR BUDI dilengkapi dengan PROGRAM PERMATA yang menekankan aspek perkembangan menyeluruh dan optima melalui aktiviti
harian yang terancang buat setiap peringkat umur kanak-kanak. Aspek
perkembangan menyeluruh merangkumi aspek
perkembangan Fizikal, Bahasa, Sosio Emosi, dan Kognitif. Perkembangan
kanak-kanak pada peringkat ini amatlah penting bagi menentukan corak
perkembangan dan pembesaran mereka pada masa hadapan.
Setiap Staff diberikan latihan yang sewajarnya bagi membantu para
ibubapa membesarkan serta mengasuh anak mereka dengan sepenuh tanggungjawab
kerana kami yakin PJKK & TASKA NUR BUDI merupakan
tempat utama proses perkembangan kanak-kanak berlaku selain di rumah. Justeru, kami amat mementingkan kualiti perkembangan individu setiap
kanak-kanak.
Selain aspek
perkembangan kanak-kanak, pemakanan yang seimbang turut dititikberatkan bagi
memastikan tumbesaran yang sihat dan optimum. PJKK & TASKA NUR BUDI sangat
mementingkan aspek kebersihan, keselamatan dan juga keceriaan bagi memastikan
kualiti kehidupan dan pembesaran yang harmoni buat si manja anda.
Setiap kanak-kanak
di PJKK & TASKA NUR BUDI mempunyai
buku rekod perkembangan individu bagi merekod perkembangan menyeluruh
kanak-kanak. Ibubapa juga turut dapat memantau perkembangan anak mereka
berdasarkan buku rekod ini kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut
tahap perkembangan mereka.
PERKHIDMATAN
Jagaan bayi ( 2 bulan – 1 tahun)
- Penjagaan 12 jam ( 7 pagi – 7 petang)
- Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
- Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
- Aktiviti perkembangan menyeluruh (bahasa, kognitif, sosi-emosi dan fizikal)
- Sambutan hari lahir
Jagaan toddler ( 1 tahun – 4 tahun)
- Penjagaan 12 jam ( 7 pagi – 7 petang)
- Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
- Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
- Aktiviti perkembangan menyeluruh (bahasa, kognitif, sosi-emosi dan fizikal)
- Sambutan hari lahir
- Art & Craft class
- Kelas Iqra
- Program cuti sekolah ( utk 2 tahun ke atas sahaja)
Jagaan transit (
kanak-kanak selepas sekolah rendah, agama & tadika)
- Penjagaan
- Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
- Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
- Sambutan hari lahir
- Kelas Iqra
- Program cuti sekolah
- Bacaan yasin (setiap hari Jumaat)
WAKTU
OPERASI
Isnin – Jumaat :
7.00am – 7.00pm
No comments:
Post a Comment