Saturday, 4 May 2013
KANAK KANAK TODDLERS DI CAWANGAN PUCHONG PERDANA
Kanak-kanak toddlers adalah kanak-kanak yang berumur antara 1-4tahun sahaja. Ada juga yang memanggil kanak- kanak yang berumur 3-4 tahun dengan panggilan kiddy. Pada peringkat ini, kanak -kanak akan suka meneroka perkara baru,meniru gaya orang dewasa, memahami arahan yang ringkas, dapat menyusun ayat dengan perlahan-lahan dan pelbagai lagi proses. Di PJKKNUR BUDI, kami menyediakan jadual aktiviti harian untuk kanak-kanak ini yang merangkumi perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosioemosi, art & craft,kelas iqra dan pelbagai lain aktiviti. Tujuan aktiviti belajar sambil bermain ini dijalankan adalah bagi merangsang perkembangan mereka. Kanak-kanak sangat teruja dan gembira dapat melakukan aktiviti tersebut. Ini bermakna objektif aktiviti ini tercapai. Ibu bapa atau penjaga juga boleh menyambung aktiviti ini dirumah semasa hari cuti. Selamat mencuba.(u/p: sila rujuk post JADUAL AKTIVITI untuk mengetahui pelbagai jenis aktiviti yang boleh dijalankan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment