1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk
memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar
anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh
control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara
saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
mereka beban.
11)
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada
masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar
rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka
tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami
isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah
mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment