Dalam hari yang sama, ada lebih kurang 4 kes kecederaan & kematian membabitkan kanak-kanak di dalam Akbar HARIAN METRO bertarikh 16 Oktober 2013.
1. Anak bongsu yang baru berusia 14 hari dan belum di beri nama dicekik sehingga mati. Tiga lagi anak yang berusia 2 hingga 7 tahun dipukul bertubi-tubi dengan gunting di kepadala. Itulah tindakan gila seorang pekerja ladang sawit yang berang selepas mengesyaki isterinya ada kekasih lain.
2. Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 4 bulan nyaris maut selepas dilanggar bapanya yang mengundurkan kenderaan di rumahnya. Kejadian seumpama itu kali kedua berlaku di Terengganu dalam tempoh tidak sampai seminggu selepas tragedi seorang ibu terlanggar hingga meragut nyawa bayinya 9 Oktober lalu.
3. Seorang wanita yang memberi alasan sibuk mencari keluarga angkat untuk bayi perempuannya yang berusia 3 bulan, sebelum dia mengilangkan diri menyebabkan masa depan anaknya itu tidak terbela. Pelindung Kanak-Kanak JKM berkata wanita itu melahirkan bayinya dan bertindak meninggalkan bayi berkenaan.
4. Sarjan polis mahu mengosongkan senjata di hadapan rumah terlepas satu das tembakan dan terkena kanak-kanak berusia 10 tahun serta parah di bahagian leher.
No comments:
Post a Comment