Bismillahiromanirrahim
✈🚁✈🚁✈🚁✈🚁✈🚁
Tema: pengangkutan udara
Al-An'am 6:142
وَمِنَ ٱلْأَنْعَٰمِ حَمُولَةً وَفَرْشًاۚ كُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
✈Anak2 dilatih untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri. Jika zaman dahulu, Allah kurniakan binatang sebagai alat pengangkutan selain menjadi sumber makanan kepada manusia. Baiknya Allah menundukkan binatang dengan pelbagai kegunaan kepada kita.
🚁 Anak2 juga dilatih mengenali pengangkutan moden masa kini seperti pengangkutan udara (kapalterbang dan helikopter) bagi membawa muatan barang dan penumpang dari satu tempat ke destinasi lain dgn mudah.Thank you for power full brain kepada para engineer yg mencipta pengangkutan udara ini.
✈Jadi sebaiknya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, kita perlu menurut perintah Allah dalam menjalani kehidupan sbg khalifah dimuka bumi ini agar diurus dengan baik.
Semoga Allah suka dalam usaha mendidik anak kecil mendekatiNya.
No comments:
Post a Comment