Wednesday, 22 November 2017

KALIMAH TOYYIB




Alhamdulillah..

TEMA: SAYA PILIH JADI BAIK
AKTIVITI: MEMBUAT POKOK EPAL REPLIKA

🍎Sepohon pokok epal mempunyai daun, dahan, akar yg BAIK insyaallah akan menghasilkan BUAH yg BAIK.
🍎 POKOK ibarat seperti ANAK.
🍎Pokok yg dijaga dengan baik (di semai, disiram dan dibaja) insyaallah akan menghasilkan produk yg baik.
🍎Begitu juga dengan ANAK. Anak yg diasuh dan dididik dengan baik (kasih sayang, didikan agama yg benar) insyaallah akan mampu menterjermahkan AKHLAK yg baik.

Alhamdulillah..yang paling penting adalah PROSESnya. Proses membesar dan mendidik anak adalah proses yg mencabar. Di cabar sana sini. Baik dari dalaman mahupun luaran. Tetapi janji Allah itu pasti. Setiap proses yg dihadapi dengan REDHA dan IKHLAS insyaallah akan menghasilkan NATIJAH YANG BAIK.
Allah tidak melihat natijahnya, namun yg menjadi kayu ukurnya adalah PENDEKATAN @ METHODOLOGI.

SEMOGA KITA MENJADI IBUAYAH YG HEBAT DI DALAM MISI MELAHIRKAN KHALIFAH YG HEBAT.

Ibrahim 14:24

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: KALIMAH YANG BAIK adalah sebagai sebatang POHON YANG BAIK yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

No comments:

Post a Comment