Friday, 23 February 2018
I LOVE TO SPEAK TRUTH & SOFTLY
I LOVE TO SPEAK TRUTH & SOFTLY
Alhamdulillah..anak2 Taska Nur Budi sedang menjalankan aktiviti Kreativiti TANGAN.
TANGAN Allah jadikan untuk menyentuh dan memegang dengan jari.
TANGAN juga berfungsi untuk MENULIS & MENAIP.
Seseorang yg menjaga TANGAN dengan baik akan:
1. Sapu losyen pada tapak tangan agar sentiasa halus dan wangi.
2. Minum air secukupnya agar tapak tangan tidak kering dan sentiasa lembap.
3. Menggunakan glove agar tangan terlindung dari calar balar ketika melakukan kerja2 kasar spt berkebun dan cuci kereta.
MASYAALLAH..Bayangkan betapa kita menjaga TANGAN AGAR BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK.
Tetapi apakah persediaan atau penjagaan terhadap TANGAN agar sentiasa baik dalam penulisan dan sentuhan.
Makanya...
Sebagai anak perlu sentiasa menggunakan tangan dengan segala kebaikan.
1.Tangan bukan untuk mencubit atau memukul kawan2 lain.
2. Tangan perlu untuk menulis perkataan yang baik2. Tangan bukan untuk menconteng.
Sebagai pendidik...
1. Jangan cubit atau pukul anak murid.
2. Gunakan tangan untuk menulis perkataan yg baik2.
Hud 11:75
إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّٰهٌ مُّنِيبٌ
Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
Ya Allah..kami ini hamba yang lemah. Bantu kami sepertimana Kau bantu Nabi Ibrahim. Jadikan kami manusia yg LEMBUT HATI seperti TANGAN yang kami jaga agar sentiasa halus dan cantik.amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment