Wednesday, 1 March 2017

ILMU DI LUAR KELAS







BismillahiromaniRahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang

"Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada pembantunya , Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua laut, atau aku akan berjalan (terus sehingga) bertahun-tahun."
(Surah Al Kahfi : ayat 60)

Aktiviti kanak-kanak toddler di Puchong Utama adalah belajar tentang membeli barang keperluan yang telah dikirim oleh ibu ayah dengan wang perbelanjaan tertentu. Disini anak2 juga dapat belajar menjadi seorang yang fatonah (amanah) dan siddiq ( benar) untuk memikul amanah / tanggungjawan yang di berikan oleh kedua ibu bapa.
ILMU bukan hanya di dalam kelas. Jauh berjalan luas pengalaman. Itu yang kita cuba applikasikan. Seperti Nabi Musa berjalan bertahun2 untuk menuntut ilmu yang benar daripada seorang hamba bernama Khidir bagi menjadi petunjuk. SubhanaAllah. Sesungguhnya untuk menuntut ilmu yang benar memerlukan KESABARAN yang tinggi. Sepertimana yang dilalui oleh Nabi Musa apabila Khidir:

1. Melubangi PERAHU
2. MEMBUNUH seorang pemuda
3. Menegakkan RUMAH yang hampir roboh

Semoga Allah suka dalam usaha kita mendidik anak kecil mengenalNya.

ALLAH PEMBERI NIKMAT TERBAIK





BismillahiromaniRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Harta dan anak-pinak adalah perhiasan dunia tetapi amal-amal soleh yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."
(Surah Al Kahfi: ayat 46)

Di Pusat Jagaan kanak kanak Nur Budi, anak2 dilatih untuk mensyukuri nikmat yang di beri oleh Allah. Allah adalah Pemberi Nikmat ke atas semua makhluk ciptaanNya. Terlalu banyak nikmat yang diperolehi antaranya :
1. Nikmat kesedapan makan (cekodok/jemput2) 
2. Nikmat tangan ( anggota badan untuk menguli tepung- berkait dengan moto skill)
3. Nikmat lidah dapat merasa masin &  manis (deria rasa)

Semoga Allah sentiasa suka dalam usaha mendidik anak kecil mensyukuri nikmatNya. Amin


Saturday, 11 February 2017

ILMU MILIK ALLAH

Bismillah..
🐣🐣🐣🐣🐣🐣🐣🐣
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam surah Al Isra ayat 60:
"Dan ingatlah ketika Kami mewahyukan kepadamu, Sesungguhnya  ILMU Tuhanmu melipiti seluruh manusia"

Sebagai pendidik, seseorang perlu mendidik diri dahulu sebelum mendidik khalifah2 kecil utk:
🐪Make myself GOOD
🐫Make others GOOD
🐪Make world GOOD

Wednesday, 11 January 2017

SENI KREATIF DARI BAHAN KOS RENDAH & BAHAN TEMPATAN




Untuk menggalakkan kanak-kanak merekacipta sesuatu, mereka perlu diberi kebebasan memilih bahan yang sedia ada di persekitaran. Oleh itu, pendidik perlu mengadakan satu sudut khas untuk aktiviti seni kreatif dengan bahan yang pelbagai baik bahan kos rendah, bahan tempatan atau bahan yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti. Bahan yang digunakan mestilah bahan terbuka supaya kanak-kanak boleh bebas memilih. koleksi bahan boleh didapati dari penglibatan ibubapa membawa kotak-kotak , majalah lama, akhbar lama, botol kosong dan bahan lain yang tidak lagi digunakan.


  • Lipatan, contohnya lipatan rumah, baju, kapal
  • TOPENG (KERTAS)
  • Bola kertas
  • Membina model dari bahan terbuang seperti (kotak, tempurung dan cawan kertas)
  • Anyaman

Tuesday, 14 June 2016

Menaiki pengangkutan awam- bas rapid kl





Dengan outdoor activity Menaiki Kenderaan Awam ini kanak-kanak dpt belajar:

🐭Mengenal bentuk, warna dan jenis bas (perkembangan awal matematik).
🐱 Berkomunikasi sambil menyanyi lagu Roda Bas Berpusing2 Sepanjang Hari: Didi ane friends (perkembangan bahasa).
🐩 Berjalan dan beratur menaiki bas (perkembangan fizikal)