Sunday 2 June 2013

3 AGENSI TERLIBAT UNTUK PENDAFTARAN TASKA DI BAWAH AKTA TASKA 1984

1. JABATAN PERANCANG BANDAR  & TEMPATAN(PBT)
Sesebuah taska @ pusat jagaan kanak kanak terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perancang Bandar dari segi tukar syarat & perubahan bangunan. Setelah mendapat surat dari pihak JKM, pihak pengusaha harus mengemukakan surat tersebut ke Jabatan Perancang Bandar. Di sini, anda harus membayar RM 2 untuk membeli BORANG A. Pihak pengusaha juga perlu menyediakan beberapa dokumen yang dikehendaki oleh pihak PBT. Antaranya ialah:


  • surat rasmi dari pemohon
  • surat sokongan jiran
  • salinan perjanjian jual beli @ perjanjian sewa
  • salinan resit cukai tanah terbaru
  • salinan resit cukai taksiran terbaru
  • salinan sijil layak menduduki
  • salinan lesen perniagaan
  • salinan surat & pelan kelulusan ubahsuai bangunan
  • gambar bangunan terbaru
  • salinan resit bayaran fee permohonan kebenaran merancang berjumlah RM 200
  • salinan maklumat pemilikan syarikat
Semua dokumen di atas harus di hantar ke kaunter OSC atau melalui online (www.mpsj.gov.my)


2. JABATAN KESIHATAN
Di bawah Jabatan Kesihatan pula, faktor kebersihan lebih utamakan selain memenuhi syarat2 berikut:

  • pengusaha @ pekerja perlu mengikuti KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
  • mendapat injection TYPOID
  • mempunyai first aid kit



3. JABATAN BOMBA DAN KESELAMATAN
Di Jabatan Bomba khidmat nasihat dari segi PEMASANGAN TANGGA KECEMASAN, PEMADAM API &  EXIT SIGN di perlukan sebelum pihak JKM memproses permohonan pendaftaran taska.


No comments:

Post a Comment