Bayi kecil tidak
semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda
perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya
potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai
potensi diri.
1.
Pengulangan
Bayi cepat belajar
jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai
contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu
misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa
abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar.
Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba
meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda.
Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang
terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia
menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang
kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan
berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa!
Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila
anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda,
jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah
cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi
apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap
orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang
betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu
atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti
teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang
betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda
yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian,
memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk
tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak
kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang
pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka
jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan
ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa
yang anda suka.
4. Bacakan
buku
Anda pastinya sudah
biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak
anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya
walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas
riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang
kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu,
namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan
buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba
meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan
perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru
hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda
harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal
nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan
kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan
kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun
anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa,
jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan
pengajaran sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia
belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk
bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil
untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk
anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti
yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan,
anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil
barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat
melakukan dengan baik sekali.
9.
Permudahkan
Jangan meletakkan
harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda
dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan
dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan
mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak
anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk
memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap
hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak
yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak
mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia
mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten
dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlan
No comments:
Post a Comment