MEWUJUDKAN
TASKA YANG SIFAR KECEDERAAN
Bagi pasangan suami isteri
yang bekerja, menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska adalah
keputusan yang terpaksa dibuat bagi membolehkan anak –anak mereka dijaga dengan
baik dan selamat.
Apabila kita melihat
sesebuah taska, pasti kita akan membayangkan sebuah taska yang didalamnya
terdapat kanak-kanak yang comel, riang gembira sedang bermain bersama. Kita
membayangkan keadaan taska yang ceria, harmoni dan selamat. Cikgu-cikgu yang
peramah, mesra dan sukakan kanak-kanak sedang mengasuh di taska.
Walaubagaimanapun ada juga
taska yang dibuka sekadar ingin mengaut untung dengan mengenakan bayaran mahal
sedangkan kemudahan & proses pembelajaran serta aktiviti sepatutnya
disediakan untuk kanak-kanak diabaikan. Akibatnya anak yang dihantar ke taska berkenaan
tidak terbela & teraniaya.
Bagi ibu bapa berkemampuan atau bergaji lumayan, jalan mudah dicari sudah
tentu mereka akan memilih dan menghantar anak ke taska terbaik yang tidak
mengenepikan segala kelengkapan serta pelbagai program bagi merangsang
perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Manakala bagi ibu bapa yang
tidak mampu atau berpendapatan rendah sudah tentu mencari tempat yang murah
untuk menempatkan anak mereka. Kebanyakan taska ini tidak berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Sebanyak
2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi
secara haram. Jumlah itu mewakili 80
peratus taska yang terdapat di Malaysia.Pengarah Bahagian Perundangan dan
Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes
kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan
ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.
No comments:
Post a Comment