Friday, 19 April 2013

YURAN BARU TASKA RM 450 SEORANG MYMETRO


Yuran baru taska RM450 seorang

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.

Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.

“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/12

No comments:

Post a Comment