Tuesday, 4 June 2013

APAKAH KRITERIA PEMILIHAN TASKA?

APAKAH KRITERIA PALING PENTING DALAM PEMILIHAN TASKA ANDA?

Adakah ia..
1. Paling bagus walaupun bayaran yurannya agak tinggi?
2. Paling dekat dengan kawasan rumah?
3. Paling murah walaupun mutu perkhidmatan tidak memuaskan?
4. Taska yang mempunyai nama dan jenama yg popular dan gah?

Ada banyak perkara yang harus dipertimbangkan di dlm pemilihan taska. Pada saya yang paling penting ibu bapa harus mencari taska yang berdaftar dgn JKM bukannya taska yang beroperasi secara haram. Ini kerana, jika taska tersebut tidak berdaftar maka PIHAK KUATKUASA terutama JKM akan mengambil tindakan keras dgn seal taska tersebut.
Yang kedua ialah mutu perkhidmatan harus diutamakan. Ia merangkumi dari sudut penjagaan anak2 dan juga kebersihan. Kebersihan meliputi kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bangunan taska.Mutu perkhidmatan termasuklah layanan tenaga pengajar dan pengasuh terhadap kanak-kanak dan ibu bapa.

No comments:

Post a Comment