Memastikan anak-anak makan secara sihat adalah penting kerana mereka akan mendapatkan semua nutrien yang diperlukan melalui diet yang seimbang, sederhana dan pelbagai. Secara ringkasnya anak-anak tidak memerlukan supplemen kesihatan jika mereka makan secara betul. Supplemen kesihatan tidak boleh menggantikan makanan yang berkhasiat dan tidak harus digunakan sebagai pengganti diet yang tidak sihat.
Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat disyorkan bagi memenuhi keperluan pemakanan kita. Penekanan kepada kepentingan tabiat pemakanan asas yang baik pada anak-anak adalah jauh lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Ia harus dimulakan sejak kecil supaya ia akan menjadi satu kebiasaan. Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh anak -anak harus diperolehi daripada pemakanan.
No comments:
Post a Comment