Pn Nora dan En Hazhari telah menubuhkan rangkaian taska @ pusat jagaan kanak2 ini pada tahun 2010. Bermula dengan pembukaan pusat jagaan di Puchong Perdana dan mengorak langkah dgn cawangan kedua di Puchong Utama pada tahun 2012. Pada tahun yg sama juga TADIKA NUR BUDI ditubuhkan di Puchong Prima. Dengan kehendak Allah NURBUDI WORLD VENTURES ditubuhkan bagi memberi peluang kpd usahawan yg berminat di dalam Program Usahawan Taska pada Januari 2013. Mereka mempunyai pengalaman luas di dlm bidang pendidikan awal kanak2 dgn mendapat kemahiran di dlm KURSUS ASAS ASUHAN KANAK KANAK(KAAK) dan mempunyai pusat asuhan yg berdaftar dgn JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT(JKM). Selain itu mereka juga telah mengikuti pelbagai jenis kursus lain spt KURSUS PERMATA. Pusat jagaan mereka berdaftar dgn PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR(PTNS) dan menyertai program KAD RAKYAT 1 MALAYSIA. Mereka juga bergiat aktif di dlm tv program iaitu SEJUTA IMPIAN 2012,MEDIA PRIMA BUSINESS NETWORK 2013 dan BH PRINTWORKS 2012.
Saturday, 27 April 2013
Saturday, 20 April 2013
HARI SUKAN TADIKA NURBUDI 2013
HARI SUKAN TADIKA NUR BUDI 2013 telah diadakan pada 14.04.2013 (ahad) lepas di DEWAN MPSJ BATU 14 PUCHONG dengan jayanya. Terima kasih diatas sokongan anda yang menjayakan program ini.
Friday, 19 April 2013
YURAN BARU TASKA RM 450 SEORANG MYMETRO
Yuran baru taska RM450 seorang
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.
Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.
Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.
“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.
APA ITU ASMA?
10-15% kanak-kanak menghidap penyakit asma. Kebanyakan serangan asma kanak-kanak adalah tidak serius tetapi kadang-kadang serangan asma boleh menjadi kritikal dan meragut nyawa.
SEBAB-SEBAB ASMA
1. Jangkitan saluran pernafasan.
2. Hama/kutu habuk rumah
3. Pencemaran udara dan asap rokok.
4. Senaman yang keterlaluan
5. Perasaan emosi yang keterlaluan
6. Perubahan cuaca
7. Ubat-ubatan
8. Makanan tertentu
9. bahan kimia atau bau-bauan
GEJALA-GEJALA ASMA
1. Batuk berulang kali terutamanya waktu malam
2. Bunyi nafas seperti berwisel dengan kuat.
3. Susah bernafas
4. Dada berasa ketat
5. Keadaan alah yang lain seperti kulit sensitif dan hidung sensitif
6. Hidung dan mata berair
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH ASMA
1. HAMA/KUTU HABUK RUMAH
- Basuh kain cadar dan selimut dgn air panas secara kerap.
- Basuh bantal dan tilam kedap udara dgn plastik
- Tidak menggunakan carpet dirumah
- Tidak menggunakan peralatan berbulu
- Bersihkan habuk dgn mengelap secara kerap
- Jangan gunakan penyapu utk menyapu tetapi gunakan vakum
2. MEROKOK
- Ahli keluarga tidak boleh merokok
3. UBAT-UBATAN
- Elakkan aspirin dan ubat-ubatan tertentu
4. MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN
- Elakkan tempat yang sesak
- Jaga kebersihan diri
- Elakkan diri daripada orang yg mempunyai jangkitan terutamanya virus
5. HAIWAN KESAYANGAN
- Kanak-kanak ridak boleh terdedah kepada anjing dan kucing.
6. MAKANAN
- Makanan sejuk mesti dielakkan
Tuesday, 16 April 2013
KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN (YURAN TASKA NAIK)
Yuran taska naik
NURULFATIHA MUAH
1 Januari 2013
1 Januari 2013

PTNS akan menaikkan harga yuran perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak dalam tempoh terdekat.
SHAH ALAM - Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) memutuskan untuk menaikkan yuran perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak kepada RM300 untuk setiap orang dalam tempoh terdekat.
Presiden, Mahanom Basri berkata, kenaikan itu melibatkan yuran bagi semua peringkat usia, daripada bayi sehingga berumur empat tahun di setiap daerah di negeri itu, bagaimanapun, ia boleh dirunding atas budi bicara pengusaha taska berkenaan.
Katanya, ia berikutan peningkatan kos operasi taska yang terpaksa ditanggung pengusaha termasuk untuk melaksanakan gaji minimum sebanyak RM900 kepada kakitangan mereka seperti disarankan kerajaan.
"Perkara ini diputuskan selepas mendapat persetujuan semua pengusaha taska di Selangor.
"Ini kerana, kos barang termasuk peralatan permainan dan utiliti meningkat pada masa kini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha taska, di sini, semalam.
Beliau menegaskan, walaupun yuran itu dinaikkan, namun pihaknya meminta pengusaha supaya menambah aktiviti yang dijalankan di taska berkenaan seperti spa bayi dan mempelbagaikan program pembelajaran.
Berhubung pelaksanaan gaji minimum, Mahanom berkata, pihaknya sudah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia untuk berbincang berhubung perkara itu.
"Kami berhasrat untuk tangguhkan dulu gaji minimum ini kerana pengusaha bakal berdepan kos operasi tinggi sekiranya yuran perkhidmatan penjagaan kanak-kanan tidak dinaikkan," katanya.
Lebih 80 pengusaha taska dari seluruh daerah di Selangor menghadiri sesi pertemuan itu bagi membincangkan perkara itu.

APA ITU DERA?
PENDERAAN terhadap kanak-kanak adalah perbuatan zalim dan keji yang dilakukan oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak. Orang dewasa yang dimaksudkan di sini ialah ibu bapa, atuk, nenek, pengasuh dan sebagainya. Punca berlakunya penderaan adalah disebabkan tekanan atau stress yang dialami oleh orang dewasa. Masalah kewangan dan tiada didikan agama juga adalah punca terjadinya penderaan. Terdapat 3 jenis penderaan : fizikal, mental dan seksual. Kesan penderaan terhadap kanak-kanak ialah lebam, luka dan anti sosial (fizikal). Manakala jenis mental pula ialah pengasingan, tindakan yang menakutkan dan sikap tidak peduli orang dewasa. Jadi di sini kita harus sentiasa ingat yang kanak-kanak adalah anugerah dari Allah kepada ibu bapa. Kita harus memaafkan kanak-kanak tersebut daripada mengambil sikap pendera. Kanak-kanak adalah insan yang tidak berdoa dan tidak mengerti apa-apa.
Monday, 15 April 2013
JADUAL AKTIVITI UNTUK BAYI
HARI/MASA
|
07.00-08.00
|
08.00-08.30
|
08.30-08.45
|
08.45-09.15
|
09.15-09.45
|
09.45-10.00
|
10.00-12.00
|
12.00-12.30
|
12.30-1.30
|
1.30-3.30
|
3.30-4.00
|
4.00-5.15
|
ISNIN
|
KEDATANGAN & MANDI
|
MINUM SUSU
|
BAHASA
BERBUAL-BUAL ANGAH
|
MAKAN PAGI
|
MANDI
|
FIZIKAL
MEMEGANG PERMAINAN BERBUNYI
|
MAKAN/MINUM SUSU
|
TIDUR
|
KOGNITIF
MENYELAK KERTAS BERGAMBAR
|
MAKAN PETANG
|
MANDI
|
SOSIO-EMOSI
MUZIK & LAGU
|
SELASA
|
|
|
SEBUT NAMA MAMA
|
|
|
MEMANJAT KOTAK/BAKUL
|
|
|
MENGOYAK & MEMBALING
|
|
|
MAIN PERMAINAN BERBUNYI
|
RABU
|
|
|
MENYANYI & GERAKAN ANGGOTA
BADAN
|
|
|
BERMAIN HANGING
|
|
|
MAIN SEMBUNYI BARANG
|
|
|
MUZIK & LAGU
|
KHAMIS
|
|
|
MELIHAT CERMIN
|
|
|
KAKI/TANGAN MENGIKUT MUZIK
|
|
|
PERMAINAN BERBUNYI
|
|
|
ASMA UL HUSNA
|
JUMAAT
|
|
|
FLASH CARD
|
|
|
BERGULING ATAS TILAM
|
|
|
MASUK/KELUAR OBJEK DARI BEKAS
|
|
|
MUZIK & LAGU
|
Di Pusat Jagaan kanak kanak Nur Budi setiap aktiviti kanak-kanak akan diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bagi memudahkan cikgu2 atau tenaga pengasuh menguruskan masa untuk bayi. Di dalam jadual aktiviti bayi terdapat 4 jenis perkembangan yang perlu dijalankan iaitu fizikal, bahasa, kognitif dan sosio-emosi. Perkembangan fizikal lebih fokus kepada pergerakan anggota badan. Bahasa pula lebih fokus kepada perkembangan pertuturan. Manakala perkembangan kognitif adalah perkembangan dimana bayi perlu menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Dan sosio-emosi berkaitan dengan perasaan dan main peranan.
Sunday, 14 April 2013
PERKEMBANGAN FIZIKAL ( BERMAIN DILUAR)
Aktiviti bermain di luar sering dilakukan pada sebelah pagi atau petang. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kerjasama sesama kanak2 terhadap sesuatu mainan contohnya playhouse or playground. Bermain diluar juga dapat membuatkan seseorang kanak2 mengeluarkan peluh dan secara tidak langsung kanak2 ini lebih sihat dan cergas.
Saturday, 13 April 2013
ALAT BANTU MENGAJAR BARU UTK BAYI
Di Pusat Jagaan Kanak2 Nur Budi kami sentiasa mencari bahan baru dgn membeli mainan yg pelbagai jenis untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar. RM50 yg dikenakan utk pendaftaran baru2 digunakan untuk membeli alat permainan baru dan juga digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan taska. Terbaru ini kami membeli beberapa unit worm lamaze dan buku cerita yg bukan berasaskan kertas untuk babies. Semoga babies suka dgn bahan baru ini..
Thursday, 11 April 2013
MESSAGE BOOK
MESSAGE BOOK ini diperkenalkan di PJKKNUR BUDI bagi membolehkan pihak pusat jagaan dan ibu bapa berkomunikasi secara lebih berkesan. Di sini ibu bapa boleh menyuarakan pendapat ,pesanan dan komen melalui message book ini. Manakalapihak pusat jagaan dpt memberi respon mengenai anak mereka di pusat jagaan seperti aktiviti2 yg dilakukan dan corak pemakanan dan tidur anak mereka.
Wednesday, 10 April 2013
CARA SELAMAT TINGGAL ANAK BERSAMA PENGASUH
1. KEPERCAYAAN
Sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan anak kepada penjaga, anda harus pastikan anda & penjaganya bersikap saling mempercayai. Paling penting kita terlebih dahulu mengenal hati budi pengasuh atau penjaga tersebut. Perlu diingat, sebelum mengahantar anak, anda perlu kenal pasti tingkah laku pembantu melalui pemerhatian jarak jauh atau bertanyakan jiran-jiran terdekat.
2. WUJUDKAN KESERASIAN
Pembantu rumah atau pengasuh juga merupakan insan biasa. Oleh itu anda perlu bijak mengambil hati & cuba wujudkan keserasian. Mungkin mereka tidak akan melakukan perkara negatif terhadap si kecil anda memandangkan hubungan baik yang dibina. Paling tidak, dirinya akan berfikir 2 kali sebelum melakukan sesuatu.
3. PERHATIKAN PERSEKITARAN
Bagi golongan yg kuran berkemampuan, mereka mungkin tidak mampu menggaji pembantu rumah, sebaliknya lebih selesa menghantar anak mereka ke nurseri atau ke rumah pengasuh . Sebelum anda memilih pengasuh, perhatikan persekitaran rumah mereka sama ada kondusifatau tidak untuk anak-anak anda. Nilai juga perwatakan pengasuh sama adamereka seorang yang penyayang, warak, sukakan kanak-kanak, rajin dan bertimbang rasa.
4. PASTIKAN TASKA MENGIKUT STANDARD
Salah satu kelebihan taska/pusat jagaan adalah berdaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) dan mereka memenuhi standard tertentu sebelum beroperasi.

Tuesday, 9 April 2013
Friday, 5 April 2013
MELAWAT ADIK QAISA DI KPJ SELANGOR
Salam
Alhamdullillah semalam saya sempat pergi melawat adik Qaisa di KPJ Selangor. Adik Qaisa sudah beberapa hari berada di hospital disebabkan demam panas yang x kebah2. Dia didiagnose terkena demam virus kencing tikus. Sebenarnya adik Qaisa dan keluarga baru pulang bercuti dari Penang. Ibunya memberitahu yang mereka ada MEMBELI AIR MINUMAN DI DALAM TIN & BOTOL DALAM PERJALANAN KE PENANG. Air botol /tin ini pada luarannya tidak bersih dan kita harus lebih berhati2 apabila menjamah minuman atau makanan di luar. Semoga adik Qaisa cepat sembuh dan kembali ke taska semula.Insyaallah..amin
Thursday, 4 April 2013
PUNCA ANAK MERAGAM
Menurut Hawa Rahmat,Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Multimedia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak meragam. Antaranya adalah:
- penat dan mengantuk
- lapar
- bosan
- tidak dpt mainan/makanan yg dimahukan
- tidak sihat-selsema,demam
LAWATAN KE KL BIRD PARK 27.03.2013
Lawatan ke KL Bird Park pada 27.03.2013 adalah sebahagian daripada program cuti sekolah. Terdapat lebih 10 orang kanak2 berumur 4 tahun-12 tahun telah mengikuti lawatan ini. Tujuan lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak2 untuk mempelajari tentang pelbagai jenis burung yang terdapat di KL Bird Park ini. Lawatan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang. Sebelum pulang, kanak2 ini menjamu selera di KFC restaurant yang berdekatan.
Monday, 1 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)