Friday 24 May 2013

KHASIAT SUSU IBU


Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.
Namun, ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Susu ibu adalah anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan. Antara khasiat susu ibu ialah:

1. Susu ibu mengandungi zat berkhasiat yang diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.
2. Susu ibu mengandungi 6 x ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula.
3. Susu ibu memiliki 12 x ganda lebih karotena, 7 x ganda lebih kandungan vitamin E dan 4 x ganda antibodi. Maka, susu ibu adalah "senjata" bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.
4. Susu ibu mempunyai kadar garam yang lebih rendah berbanding susu formula. Jadi, ianya tentu lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan mengundang penyakit obesiti.
5. Susu ibu tidak mempunyai sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.
6. Susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA) pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mnegeluarkan kenyataan "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Dan pemberian susu ibu harus diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun ataupun lebih."


No comments:

Post a Comment