Sunday 6 July 2014

KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP)

Apa itu KURSUS ASUHAN PERMATA?

Kurikulum PERMATA Negara berorientasikan pembangunan diri kanak-kanak dan berfokuskan perkembangan kanak-kanak secara holistic dalam aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, komunikasi, fizikal dan kemahiran mengurus diri. Kurikulum ini menekankan lima aspek utama untuk memastikan bahawa potensi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dapat dibangunkan dan diberikan perhatian khusus:
a) Interaksi dan komunikasi aktif
b) Rangsangan minda dan literasi
c) Memperkasakan kanak-kanak
d) Pembelajaran secara bebas
e) Pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak
f) Pembelajaran melalui bermain


Kurikulum PERMATA Negara menekankan pembentukan sahsiah yang baik dari peringkat awal, dan bukanlah terlalu mementingkan pembangunan akademik. Hanya apabila kanak-kanak telah bersedia, maka aspek akademik diterapkan. Harapan Negara ialah melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi rohani, emosi, sosial, fizikal dan intelek, mempunyai jati diri, resilien dan berdaya saing pada peringkat local dan global.

No comments:

Post a Comment