Thursday 29 January 2015

AKTIVITI MEMBUAT LAYANG-LAYANG BERSAMA KANAK-KANAK PLAYGROUP







Bahan-bahan yang digunakan:
1. Surat khabar lama
2. Cellotape
3. Gunting
4. Lidi

Proses membuat layang-layang
1. Pendidik menggunting suratkhabar menjadi bentuk empat segi.
    Kanak-kanak dapat mengenal bentuk (empat segi)
2. Kanak-kanak dibantu pendidik untuk meletakkan lidi di atas helaian surat khabar tadi.
    Kanak-kank sekali lagi dapat mengenal bentuk melengkung dan lurus. ( satu lidi diletakkan secara   lurus dan satu lagi secara melengkung)
3.Kanak-kanak belajar menampal cellotape dengan 2 tangan dengan cara yang betul (kadang-kadang cellotape melekat sendiri dan cepat bergulung)
4. Pendidik membantu membuat lubang untuk dimasukkan tali.
5. Apabila sudah siap, kanak-kanak bermain dengan seronok bersama layang-layang yang dibuat sendiri. Tambahan jika ada angin kuat sangat senang untuk menerbangkannya. Di sini kanak-kanak juga belajar menerbangkan layang-layang dengan bantuan rakannya.

No comments:

Post a Comment