Tuesday 21 May 2013

ALAMI KEINDAHAN KEHAMILAN

Pelbagai persiapan mula di atur untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Selain kelengkapan bayi yang perlu diberikan tumpuan, bakal ibu juga perlu menitik berat tentang kesihatan diri terutama dari segi emosi dan fizikal.

Bagi memastikan bayi yang di kandung sempurna dan sihat, justeru amalan pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk kesihatan. Antara pemakanan yg perlu diambil adalah dengan pengambilan susu. Pengambilan susu sememangnya penting untuk tubuh badan dan perlu diamal bukan sahaja ketika hamil malah pada peringkat awal sebelum kehamilan.

Pengambilan folat  atau asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf daripada berlaku kepada kandungan anda. Selain drpd folat,susu boleh membekalkan keperluan kalsium harian untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan di samping menguatkan tulang.Tahap kalsium yg tidak mencukupi semasa kehamilan boleh menyebabkantubuh mengeluarkan kalsium dari tulang untuk membina tulang bayi anda.


No comments:

Post a Comment