Friday 5 May 2017

Transportation dunia dan akhirat

Tema bulan Mei: *Pengangkutan*🚖🚘

Ya Sin 36:42

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِۦ مَا يَرْكَبُونَ

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

🚖Fungsi pengangkutan untuk mengangkut orang atau barang dari satu tempat ke tempat yg lain. Penggunaan pelbagai jenis pengangkutan laut, udara dan darat adalah berdasarkan masa dan jarak destinasi.
🚖zaman dahulu bergantungan kpd haiwan sebagai kenderaan spt kereta lembu,kuda..atau zaman2 Nabi hanya dengan unta. Yang paling canggih masa tu adalah Buraq semasa peristiwa Israk Mikraj.
🚖 Zaman moden dengan pelbagai kenderaan canggih: Darat(by train Lrt,mrt,komuter,erl) dan kenderaan 2,3,4,6 roda.
Laut( motorboat,sampan,kapal laut)
Udara (kapal terbang dan helikopter)
🚖Subhanallah baiknya Allah memberi manusia powefull brain untuk mencipta pengangkutan yang lebih cepat sampai dan mudah sebagai sistem sokongan.

*DOA* *NAIK* *KENDERAAN*

Az-Zukhruf 43:13

لِتَسْتَوُۥا۟ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا ٱسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا۟ سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقْرِنِينَ

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -


Az-Zukhruf 43:14

وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

No comments:

Post a Comment